Sunday, April 17, 2011

TAJUK 15 – SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG

Pengenalan
Melalui seminar dan pameran ini, Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat diperkenalkan kepada orang ramai khusunya msyarakat luar.


Mengadakan seminar

Menurut Drs. Nasrul Effendy dalam Dasar-dasar keperawatan kesehatan masyarakat (1997) seminar boleh didefinasikan sebagai satu cara dimana sekelompok orang berkumpul untuk membahas suatu masalah dibawah bimbingan seorang ahli yang menguasai bidangnya.

Ciri-ciri seminar bahasa Melayu berbantukan komputer
i. Memberi kesempatan diskusi berkaitan Bahasa Melayu berbantukan komputer antara peserta dan panel
ii. Menggalakkan peserta mengambil bahagaian secara aktif dalam seminar

Kelebihan
i. Berguna kepada peserta yang terlibat
ii. Peserta dapat mempelajari topik secara mendalam
iii. Menyediakan bahan dan keteranagn yang baru

Kekurangan
i. Sukar untuk mendapatkan panel seminar yang berkualiti
ii. Memerlukan jawatankuasa yang besar dalam melaksanakannya
iii. Sering dijalankan untuk seminar pendidikan

Mengadakan Pameran
Menurut Muhd Abi Sofian dlam bukunya mengurus gerai pameran (2005), pameran boleh didefinasikan sebagai salah satu saluran komunikasi sosial yang menghubungkan antara penyampai dalam pameran dengan masyarakat yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.


Ciri-ciri pemeran Bahasa melayu berbantukan komputer

i. Mempamerkan bahan bahasa Melayu berbantukan komputer
ii. Terdapat kiosk setiap tajuk dalam proforma
iii. Penerangan yang lengkap untuk setiap bidang

TAJUK 14 – BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan
CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat. Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik.

Memilih cakera padat pembelajaran Bahasa Melayu
Cakera padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit buku teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari bahasa Melayu.
Selain itu, cakera padat yang boleh digunakan ialah:
i. Puisi tradisional dan kesusasteraan
ii. Latihan dan soalan bahasa Melayu

TAJUK 13 – MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan
Penggunaan animasi dalam sesuatu pengajaran mampu menarik minat pelajar. Penggunaan animasi ini berupaya menjadikan pembelajaran lebih menarik dan pelajar akan lebih menumpukan perhatian dalam pengajaran yang guru ajarkan.


Animasi

Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi boleh dalan bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.

Bentuk Animasi
Dua Dimensi - 2D
Tiga Dimensi - 3D
Kesan Khas


Jenis-jenis animasi


Animasi Cel
i. Diperkenalkan oleh Disney di mana menggunakan beberapa siri daripada grafik berlainan pada setip kerangka frame
ii. Satu minit animasi akan memainkan 1,440 kerangka
iii. Cel berasal daripada kertas celluloid yang digunakan untuk lukisan pada setiap kerangka tetapi sekarang telah digantikan dengan plastik

Animasi Komputer
i. Mengamalkan konsep yang sama seperti animasi cel :menggunakan layer, keyframe, tweening
ii. Menggunakan nilai piksel RGB, mengenalpasti bucu-bucu sesuatu objek dan bercampuran warna supaya dapat menghasilkan transparencies, inversion dan effect

Morphing
i. Kesan yang popular di mana satu imej akan bertukar menjadi imej lain
ii. Boleh gunakan ke atas objek statik ataupun objek yang bergerak

Format penghasilan Animasi
Format penghasilan animasi yang biasa digunakan ialah gif animated dan swf, AutoDesk 3D Studio dan Animator (.FLI, .FLC) dan Macromedia Director (.DIR).

Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada internet

Cara untuk memuat turun animasi
Cara untuk mendownload animasi flash dengan mudah dari sebuah website adalah menggunakan sebuah software yang bernama Save Flahs. Dapat didownlaoad di http://www.saveflash.com untuk versi trial atau demo. Versi full yang sudah di crack pula boleh didapati di http://rapidlibrary.com/ kemudian masukkan kata kunci "save flash full".
Setelah di install, Software ini akan menempel pada Internet explorer. Setiap kali membuka sebuah web site yang mengandung flash maka akan muncul tanda disket yang jika di klik akan menyimpan animasi flash ke dalam hard disk.

TAJUK 12 – MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan
Alat pengarangan adalah satu perisian yang khusus untuk menghasilkan perisian kursus dengan cara mudah. Sistem pengarangan merupakan sebuah aturcara yang membenarkan seseorang menghasilkan bahan kurus PPBK secara langkah demi langkah. Alat pengarangan lebih mudah dipelajari berbanding dengan bahasa pengaturcaraan. Proses menukarkan sesuatu bahan pengajaran dari bentuk bertulis kepada bentuk komputer dengan menggunakan sistem pengarangan biasanya tidak memerlukan seorang yang mahir bahasa pengaturcaraan. Pembangunan perisian kursus dengan alat pengarangan lebih menjimatkan masa kerana mempunyai ciri-ciri mesra pengguna.

Jenis-jenis alat pengarangan
Perisian Alat pengarangan
Linkway
Language Plus
Scala
Toolbook
Authorware
ComIL

Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan.
Prosedur penyuntingan bahan Bahasa melayu
i. Mengumpul maklumat atau bahan dari internet
ii. Masukkan maklumat dalam alat pengarangan
iii. Memulakan semakan maklumat dan bahan dari internet
iv. Memadam maklumat yang tidak berkaitan.
v. Simpan data

  TAJUK 11 – PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA SIDANG VIDEO

Pengenalan
Telesidang atau siding video merupakan satu sistem penyampaian elektronik yang melibatkan komunikasi dua hala antara dua atau lebih pusat telesidang secara langsung. Telesidang video bukan satu alat atau cara yang baru tetapi ianya sudah lama diamalkan dalam sistem pendidikan negara kita. Telesidang ini amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh.

Telesidang
seminar
kuliah
ceramah
jemputan
tutorial
tunjukcara
mesyuarat
perdebatam
persidangan


Jenis Persidangan Video

i. Banyak ke banyak
ii. Satu ke banyak
iii. Satu ke satu

Transmisi Sidang Video
Teknologi sidang video berfungsi dalam tiga peringkat iaitu :
i. Cekup (capture)
a. Kamera video digital menangkap imej dan mikrofon merakam bunyi audio.
b. Kamera menukar video ke dalam format digital dan dihantar kepada perisian sidang video yangkemudiannya dimampatkan.

ii. Mampat
a. Perisian sidang video akan dimampatkan ke dalam bentuk digital.
b. Satu untuk audio dan satu lagi untuk video dan dihantar kepada modem.

iii. Siar
a. Modem akan menukar tanda isyarat digital kepada analog supaya ia boleh disiarkan melalui talian telefon yang biasa.
b. Perisian ini akan mentafsirkan kelajuan sambungan dan menentukan berapa banyak bingkai sesaat yang akan dihantar pergi dan balik.

Kebaikan menggunakan Sidang Video
i. Mengurangkan kos perjalanan dan menjimatkan masa.
ii. Membuka peluang luas dalam penglibatan bahagian hieraki sektor korporat dan lain-lain sektor.
iii. Menambahkan produktiviti dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
iv. Membuat keputusan dengan cepat dan spontan.
v. Mempertingkatkan komunikasi.
vi. Penambahbaikan kepuasan dalam pengajaran atau di tempat kerja.


Kelemahan menggunakan Sidang Video

i. Kemudahan teknologi, perkakasan dan perisian yang mahal.
ii. Merupakan satu ancaman kerana kurang pengalaman untuk menceburkan diri dalam teknologi baru ini.

Mengadakan Sidang Video untuk mengajarkan kemahiran mendegar, bertutur, membaca dan menulis

Langkah 1
• Meyediakan bahan pengajaran seperti power point

Langkah 2
• Menyediakan papan layar supaya murid dapat melihat dengan jelas
• Meyediakan pembesar suara supaya suara kedengaran dengan jelas

Langkah 3
• Memastikan murid dalam keadaan terkawal

Langkah 4
• Memulakan pengajaran mengikut tahap kemahiran
o Kemahiran mendengar dan bertutur : bersoal jawab
o Kemahiran membaca : membaca petikan di papan layar
o Kemahran menulis : membuat latihan

TAJUK 10 – MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHSA MELAYU

Pengenalan
Memasukkan unsur video di dalam sesebuah persembahan multimedia merupakan salah satu cara yang berkesan bagi menyampaikan maklumat. Pelbagai teknik, kaedah serta teknologi boleh digunakan. Antaranya ialah seperti yang berikut:

i. Secara terus dengan menggunakan video digital
ii. Tetingkap video digunakan untuk menayangkan video dari cakera laser atau pemain pita video.
iii. Tetingkap video menayangkan siaran TV secara terus dengan bantuan kad pendigital video yang sesuai.


Bentuk video


Analog
Video analog bukannya seuatu bentuk data yang dikenli oleh komputer – ianya merupakan rakaman maklumat yang boleh dilihat sebagai suatu turutan kerangka yang dikodkan sebagai isyarat elektronik yang berterusan secara kadar yang tetap iaiut kadar kerangka pada pita rakaman video (pita bermagnet)

Digital
Video digital juga melibatkan turutan kerangka yang berbentuk imej digital yang mungkin di mampatkan


Audio

Audiomerupakan bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem omputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.
Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan juga menimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan. Audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan dan tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.


Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio

Kita perlu membuat penilaian/keputusan yang tepat tentang bahan audiovisual yang boleh dan tidak boleh dipilih untuk dikumpul atau disimpan. Asas pemilihan bahan audiovisual perlulah memenuhi kriteria berikut:
i. Kandungan maklumat
• Bahan atau maklumat yang berkualiti yang ingin disampaikan
ii. Carrier/kandungan
• mengasingkan carrier, iaitu bahan fizikal (fizikal filem, cakera atau pita) dari karya (work), kandungan (content) atau rakaman (bunyi dan/atau imej yang dimasukkan secara bersama di dalamnya) bagi memastikan kelangsungan hayat kandungannya dan kehilangan maklumat yang paling minimum.
iii. Nilai estetika kandungannya
• Harus ada nilai estetikanya untuk nilai audiovisual dan boleh menarik minat pengguna
iv. Kualiti
• Kualiti imej dan/atau bunyi perlulah dijaga sebaik mungkin.
v. Kelangsungan hayat
• Bahan yang dibina mampu bertahan lama da n mudah dipelihara agar dapat diakses dalam jangka masa panjang.
vi. Pendokumentasian
• Pendokumentasian secara terperinci perlu dilakukan terhadap proses perolehan, penyimpanan, pemeliharaan dan pengaksesan bahan audiovisual.

Prinsip pembinaan video pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.

I.penggunaan elemen teks
II.penggunaan elemen grafik dan visual
III.penggunaan elemen audio
IV.penggunaan elemen video
V.Penggunaan elemen animasi


Penggunaan elemen teks

Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.
• Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat.
• Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.
• Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai
• Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan.
• Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.


Penggunaan elemen grafik dan visual

Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto, ilustrasi dan sebagainya. Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.
i. Pilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran.
ii. Pilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agama.
iii. Pilih kategori grafik yang sesuai dengan keperluan tugas.
iv. Pilih kedalaman warna yang bersesuaian dengan keperluan aplikasi.
v. Gunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan tanpa masalah pada sistem berkeupayaan rendah.
vi. Hanya maklumat penting yang diisi di dalam grafik ini.

Menggunakan perisian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar, bertutur dan membaca
Perisian Audio

• Untuk rakaman suara mahupun penghasilan elemen audio seperti muzik, kesan khas dan lain-lain.
• Rakaman audio yang asas - perisian Sound Recorder (sedia ada dalam Microsoft Windows)
• Menyediakan kemudahan - merakam audio dan beberapa kesan khas juga boleh ditambahkan kepadanya.

TAJUK 9 – MENGEDIT BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA ATAS TALIAN MENJADI BROSUR, NEWS LATTER DAN KAD PENGUMUMAN

Pengenalan
Mengedit bahan pengajaran atas talian bermaksud menggunakan perisian yang terdapat dalam internet untuk mengedit bahan pengajaran guru. Terdapat pelbagai perisian dalam internet. Antaranya ialah :

i. zoho https://docs.zoho.com/jsp/index.jsp
ii. Google docs https://docs.google.com/#home
iii. 280 slideshow http://280slides.com/editor/
iv. Brocchure maker http://www.mybrochuremaker.com/projects/edit/76898/1


Prosedur pengeditan

i. Mengetahui URL perisian pengeditan
• Tempat pengeditan bahan boleh dijalankan
ii. Mendaftar terlebih dahulu
• Sebagai menerima terma dan syarat syarikat pengendali perisian
iii. Memilih bahan yang sesuai
• Mendapatkan bahan yang sesuai untuk dimasukkan dalam perisian atas talian
iv. Mengedit bahan atas talian
• Memulakan pengeditan bahan atas talian

Prinsip pengeditan bahan atas talian
i. Bahan yang digunakan bersesuaian
ii. Tidak melanggar terma dan syarat perisian
iii. Bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran

TAJUK 8 – PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA ATAS TALIAN DAN LUAR TALIAN

Pengenalan
Pengajaran atas talian merupakan pengajaran di mana komputer atau laptop pengguna bersambung dengan talian internet. Pengajaran ini berlangsung dengan menggunakan bahan yang ada di internet dan digunakan secara langsung setelah mengaksesnya.
Pengajaran luar talian pula didefinasikan sebagai pengajaran yang menggunakan bahan dari internet tetapi tidak digunakan secara langsung ketika ianya dibuka. Bahan ini didapati secara dimuat turun. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.

Kelebihan pengajaran secara atas talian
i. Dapat mengakses bahan dengan cepat
ii. Kepelbagaian bahan di internet
iii. Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid dalam mencari bahan


Kekangan mengadakan pembelajaran secara atas talian:

i. Persekitaran tidak mempunyai alat untuk menyambung talian jalur lebar
ii. Alat penyambung talian tidak berfungsi
iii. Sukar mendapatkan talian diluar kawasan (pengguna broadband)

TAJUK 7 – MENGAPLIKASIKAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan
Model Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing Model') bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak.
Diketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih komplek berbanding dengan komputer.

Prinsip-prinsip utama Model Pemprosesan Maklumat
i. Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat
ii. Pengaliran maklumat dua hala
iii. Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan.
iv. Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat.

Ingatan Jangka Pendek ('Short Term Memory')
i. Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang.
ii. Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa.
iii. Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat.


Ingatan Jangka Panjang ('Long Term Memory')

i. Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa.
ii. Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah.
iii. Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali.

TAJUK 6 – MEMBINA DAN MENGAPLIKASIKAN STRUKTUR PERPAUTAN DALAM PENYUSUNAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan
Sistem perpautan ini lebih dikenali sebagai hyperlink. Sistem ini lebih sistematik dan mudah digunakan kerana sistem ini membenarkan pengguna mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan bahan dengan hanya menekan satu klik sahaja. Sistem perpautan ini terbahagi kepada beberapa jenis.

Sistem Perpautan
Struktur Hierarki
Struktur Komposit
Struktur Linear
Struktur Lingkaran

Struktur Hierarki
Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama. Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik.


Struktur Komposit

Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain. Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.

Struktur Linear
Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja.


Struktur Rangkaian

Menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama. Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel

Laman Web yabg mempunyai sistem perpautan
i. en.wikipedia.org/wiki/Malaysia

TAJUK 5 - MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK, LAMAN WEB PEMBELAJARAN DAN PAKEJ TUTORIAL PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan
Zaman internet ini, penggunaan halaman web membolehkan sesiapa sahaja sama ada individu, syarikat atau organisasi untuk menyalurkan pandangan, maklumat, pembelajaran hidupan dan sebagainya yang boleh dicapai oleh sesiapa didunia dalam masa beberapa saat sahaja.


Kepentingan membina laman web

Terdapat pelbagai kepentingan laman web perlu dibina. Antaranya ialah:
i. Memaparkan idea
• Memaparkan idea yang berguna dan mampu membantu orang lain.

ii. Meningkatkan kebolehan diri
• Dapat meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri dalam bidang internet

iii. Komunikasi maya
• Boleh manjalankan sesi komunikasi maya dengan pengguna di seluruh dunia dan boleh mengadakan perbincangan bersama

iv. Berkongsi maklumat
• Mampu berkongsi maklumat sesama pengguna


Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Tapak pembelajaran merupakan satu tempat yang menyimpan pelbagai halaman-halaman web dimana halaman tersebut boleh dicapai oleh pengguna internet. Tapak pembelajaran ini merupakan bahan pengajaran masa kini yang menggunakan komputer sepenuhnya. Tapak pembelajaran ini sering digunakan guru sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Tapak pembelajaran haruslah berpandukan kepada Rancangan pengajaran Harian.

I.Set Induksi
II.Langkah 1
III.Langkah 2
IV.Langkah 3
V.Penutup

TAJUK 4 - PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan
Memandangkan internet mempunyai kesan yang besar terhadap pengajaran dan pembelajaran, pengguna perlu melakukan penilaian dan pemilihan terhadap bahan-bahan yang ingin digunakan malah langkah penyesuaian juga perlu jika sesuatu bahan sumber maklumat itu mengandungi gabungan unsur yang sesuai dan yang tidak sesuai.


Kemahiran dalam Bahasa Melayu

Sebelum mendapatkan bahan di internet, guru perlu mengetahui beberapa kemahiran yang terdapat dalam Bahasa Melayu bagi memudahkan pencarian bahan. Kesinambungan ini perlu supaya pengajaran menjadi lebih berkesan, menarik dan bersesuaian dengan aktiviti pengajaran.
I.Kemahiran berbahasa
II.Kemahiran Bernilai Tambah
III.Kemahiran TMK
IV.Kemahiran Berfikir
V.Kemahiran masa Depan
VI.Kemahiran Kontekstual
VII.Kemahiran Belajar Cara Belajar

Faktor pemilihan bahan di internet
i. Sumber
• Jumlah bahan sumber yang terlalu banyak
ii. Bebas
• Kebebasan menerbitkan bahan sumber di internet
iii. Kesahan
• Bahan tidak memerlukan pengesahan

Kepentingan selepas memilih bahan internet
Selepas memilih bahan di internet, guru perlu mengambil beberapa langkah yang penting sebelum mengambil bahan untuk dijadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
i. URL
• Guru perlu mendapatkan URL bahan supaya mudah mendapatkansumber rujukan bahan.
ii. Isi
• Menentukan kewajaran dan kesahan isi bahan yang didapatkan sebelum digunakan.
iii. Semak
• Guru meyemak ejaan dan kesalahan yang perlu dibetulkan.


Memilih bahan sastera

Bahan sastera merupakan bahan yang sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Bagi mendapatkan proses P&P yang berkesan, guru perlulah memilih bahan-bahan yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran umur murid-murid mereka. Kriteria-kriteria tertentu perlulah diambil kira agar guru tidak tersalah memilih bahan yang ingin digunakan.

Jenis-jenis sastera
Pantun
Sajak
Seloka
Gurindam
Cerita Pendek
Syair

Memilih bahan tatabahasa
Bahan tatabahasa sebenarnya sering digunakan oleh guru untuk menjalankan latihan pengajaran. Kebiasaannya murid-murid sudah menguasai atau mengetahui bab yang dipelajari sebelum diberikan latihan tatabahasa ini. Hal ini kerana, pengajaran langsung daripada guru berkaitan tatabahasa lebih berkesan.

Jenis-jenis bahan tatabahasa
Senarai dibawah merupakan beberapa contoh jenis bahan tatabahasa
i. Kata Nama
ii. Kata Kerja
iii. Kata Tugas
iv. Kata Sendi Nama
v. Peribahasa
vi. Simpulan Bahasa

Memilih bahan bidang ilmu lain
Merujuk sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Konsep 5P yang diperkenalkan telah memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran merentas bidang ilmu yang lain. Namun, pemilihan bahan ini haruslah berkaitan atau berkesinambungan dengan pengajaran Bahasa Melayu.

Jenis bidang ilmu lain
I.Ilmu Agama
II.Ilmu Sains
III.Ilmu Matematik
IV.Ilmu Sejarah
V.Ilmu Kajian Geografi
VI.Ilmu Semasa

TAJUK 3 – APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

Pengenalan
Etika komputer umumnya adalah satu bidang yang berkaitan dengan penggunaan komputer yang betul (panduan). Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu atau kes yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.

Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet
Garis panduan dan etika penggunaan internet telah dimuat turun dari enjin pencari maklumat di internet.

Objektif Kod Etika
i. Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer
ii. Memahami prinsip etika komputer
iii. Memahami etika professional Teknologi Maklumat
iv. Mengetahui fungsi kod etika profesional
v. Keperluan etika komputer

Prinsip Kod Etika
i. Keseimbangan – kebaikan yang dibawa Teknologi Maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan
ii. Keizinan termaklum – Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi
iii. Keadilan – Manfaat dan keburukan mestilah diterima oleh pengguna secara adil
iv. Meminimumkan risiko – TM mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima lebih daripada risiko


Rukun Etika

i. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
ii. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
iii. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
iv. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
v. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
vi. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah (cetak rompak).
vii. Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.
viii. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
ix. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.

Kerangka Kod Profesional
i. Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepada sesiapa misalnya menyebarkan virus.
ii. Menyumbang kepada masyarakat seperti mereka bentuk produk baru yang memudahkan penggunaan berkomunikasi.
iii. Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya.
iv. Bersikap adil dan tidak menindas.
v. Menghormati hak cipta orang lain.
vi. Menghormati hak kebersendirian orang lain

Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan Power Point

Brosur
Brosur ialah untuk sebagai media promosi. Brosur ini digunakan di mana untuk memberi tahu atau memujuk masyarakat untuk melibatkan diri dalam sesuatu bidang yang tertentu. Brosur juga dapat digunakan dalam dunia perniagaan dimana dapat menyampaikan maklumat atau jualan yang diadakan.

Power Point
Perisian Power Points atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial,pembentangan kertas kerja dalam seminar atau persidangan, kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.
Pada masa ini, power points bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Ini membawa maksud perkataan power point boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan.

TAJUK 2 – MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan

Penggunaan internet sebagai salah satu cara mengumpulkan bahan merupakan satu cara yang telah diguna pakai oleh ramai orang. Pelbagai maklumat telah dimuat naik di internet bagi memudahkan penggunaannya. Penggunaan ini telah memberi pelbagai kemudahan kepada semua pihak.
Maklumat yang pelbagai ini harus diurus dengan baik agar dapat digunakan dengan mudah.

Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks
Maklumat yang telah dikumpul haruslah dikategorikan. Pengkategorian ini memudahkan pencarian dan penggunaan bahan yang telah dikumpul.

Antara kategori yang boleh dibuat ialah:
i. Lagu
ii. Video
iii. Teks
iv. PDF
v. Gambar
vi. Permainan


Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa

Pengumpulan bahan kebiasaannya bertujuan untuk mengadakan sesuatu pengajaran. Setiap pengajaran haruslah berteraskan kepada 4 kemahiran bahasa iaitu:
i. Kemahiran Lisan (mendengar dan bertutur)
ii. Kemahuran membaca
iii. Kemahiran Menulis

Tajuk 1 - Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu

Pengenalan
Di internet, terdapat pelbagai pembekal maklumat yang boleh dijadikan sebagai enjin pencari. Pembekal-pembekal maklumat ini kebanyakannya membekalkan maklumat yang hampir sama iaitu berkaitan dengan teks, video, audio,grafik dan sebagainya.

Cara mendapatkan maklumat
I. Mengenalpasti tajuk.
II. Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang ingin dicari.
III. Memilih enjin pencarian yang tepat.
IV. Menyemak kesesuaian maklumat/ bahan yang dijumpai. (Cuba guna enjin pencari yang berlainan)
V. Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.

Enjin Pencari
I. Google
II. MSN
III. Yahoo


Enjin pencari biasa dilihat pada:

• Internet : Terletak pada kotak pencari pada enjin pencari
• Intranet : Terletak pada pencari dalam laptop mahupun komputer (home)
• Microsoft Word : Terletak pada halaman Word (find)
• Laman Internet : Terletak dalam laman web ataupun blog


Alamat Internet

Bagi melayari internet, pengguna haruslah menaipkan alamat internet pada pembekal maklumat yang digunakan. Selepas mengklik pada ikon internet, pengguna seterusnya akan diberikan senarai laman yang berkaitan atau pengguna akan terus dibawa ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi. Antara contoh alamat pembekal adalah seperti:

I. www.google.com
II. www.yahoo.com.my


Pemilihan kata kunci

Kata kunci yang dipilih haruslah sesuai dan bertepatan dengan maklumat yang ingin dicari. Pemilihan kata kunci yang terlalu panjang menjadikan skop pemilihan bahan menjadi terlalu besar.
Sebagai contoh, pemilihan kata kunci nota Bahasa Melayu. Perkataan ini terlalu panjang ; “nota” + “Bahasa” + “Melayu”. Pengurangan pilihan boleh dibuat dengan menggunakan tanda “” sebagai contoh “nota Bahasa Melayu”. Penyenaraian akan dikurangkan dengan cara begini.

Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet
Fail internet terletak dalam folder di dalam laptop. Fail ini akan wujud setelah pengguna memuat turun bahan dari internet.

Sunday, February 20, 2011

Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu - Artikel 5

"Kesan Budaya dan Bahasa dalam Sastera Siber"

Oleh : HASYUDA ABADI

Kota Kinabalu, Sabah.

Abstrak
Makalah ini mengajak perbincangan mengenai sastera siber, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam penyaluran bahan-bahan sastera dalam media yang canggih dan terkini. Sebagai saingan media masa sedia ada, sasaran para pengarang di ruang maya atau siber yang mudah, segera dan berkesan ini bagaimanapun tidak mudah untuk melahirkan karya yang besar sebagai mercu tanda kehebatan teknologi itu sendiri. Dalam masa yang sama perhatian juga diberikan terhadap kesan akibat budaya pengguna internet yang gagal membezakan penggunaan bahasa di internet dan di luar internet. Namun begitu, para penulis juga tetap berhasrat untuk menyebarkan hasil sastera kebangsaan di dunia global melalui hasil sastera yang tiada batasan bangsa dan geografi khalayaknya sebagai mewakili bangsa, budaya dan agama di mana dia menjejak bumi dan menjunjung langit.

Pendahuluan

PEMANFAATAN teknologi bagi seni bukanlah suatu tabu. Dari segi sejarah, hubungan antara teknologi dan seni boleh ditelusuri menerusi akar kata seni yang berasal dari tekhne dalam bahasa Yunani, dan kemudiannya terbentuk kata technology. Sehingga pada dasarnya, teknologi bagi seni menjadi kesatuan dominan dengan dan dalam peradaban dan kebudayaan. Bahkan kualiti sesebuah karya sastera itu sendiri tidak pernah ditentukan oleh kualiti komputer atau kualiti kertas, tetapi sebagai sebuah media eksistensi alternatif, dunia siber telah menunjukkan daya gunanya yang cukup berkesan dan bertenaga.

Pandangan bahawa sastera siber adalah sastera bebas termasuk bebas dari sudut mutunya merupakan suatu pandangan yang kurang benar. Unlimited dalam sastera siber terbatas dalam perbandingannya dengan sastera surat khabar atau majalah dan buku hanyalah dari segi waktu dan ruang. Evolusi kebudayaan ini menyebabkan kemanusiaan berlaku dan memperlakukan segala sesuatu secara berkesan. Sehingga segala sesuatu kembali kepada manusia sendiri, bagaimana ia memanfaatkan teknologi dan bukan dimanfaatkan oleh teknologi. Sastera siber bukanlah dosa penyimpangan karya sastera melainkan salah satu bentuk hasil mutakhir dengan pemahaman umum iaitu cepat, mudah dan nyaman (Medy Loekito: 2001).

Sastera Teknologi Tinggi dan Gelombang Budaya Globalisasi
Penggunaan komputer dan internet membawa kita ke suatu lagi tahap perkembangan baru yang pasti telah menukar suasana dan corak karya sastera yang dilahirkan dan digunakan oleh pembaca sastera di ruang siber yang baru. Bagaimanakah corak dan fungsi sastera di ruang siber ini? Berdasarkan pemerhatian awal kita boleh melihat beberapa perubahan berikut:
Karya-karya sastera Melayu mendapat saluran atau media baru di ruang siber.

Peranan
dan corak kegiatan agen atau insitusi penyebar sastera yang kini dikuasai oleh para penerbit dan pengedar buku dan sebagainya berubah.

Karya sastera mengalami penyesuaian dan perubahan akibat perubahan media ini. Malah bentuk dan jenis sastera baru lebih bersifat interaktif. Khalayak sastera akan berubah secara radikal. Pembaca karya sastera tidak lagi di kalangan masyarakat Melayu di negara atau rantau yang sama dengan penulis, tetapi lebih luas, di luar batas politik dan geografi, usia dan sebagainya Proses penciptaan dan penyebaran yang serba segera menuntut daya tarikan, daya saingan, strategi dan ketahanan seni serta kesan sastera yang berbeza.

Dalam era baru ini, kita bukan sahaja perlu melahirkan sekumpulan penulis yang mencintai bahawa Melayu, boleh menulis dengan baik dalam bahasa Melayu, mampu mempertahankan kemurniannya serta gigih berusaha untuk meningkatkan keindahan bahasa tersebut. Yang lebih mencabar lagi ialah kita haruslah melahirkan para pujangga Melayu di ruang siber, pujangga yang bukan sahaja mampu berkarya dalam bahasa Melayu yang baik dan indah bahkan mempunyai daya tarikan seni dan daya ketahanan global yang kental.

Unsur-unsur baru di atas memerlukan para penulis kita menilai semula konsep kepengarangannya sesuai dengan perubahan-perubahan dari segi media, proses penghasilan dan penyebaran serta khalayak sastera yang baru ini. Untuk mendapatkan perhatian dan tempat terhormat di kalangan khalayak antarabangsa melalui halaman sastera siber, tentu sekali sasterawan Melayu tidak boleh terus berkarya dalam kepompong sastera dan pendekatan seni yang beku dan sempit. Penghasilan karya sastera bercetak dalam bentuk buku mungkin tidak akan dihentikan dan akan berterusan seperti sastera bercorak lisan yang masih berkekalan biar pun muncul media cetak sebagai saingan. Persoalan utama ialah untuk mengisi keperluan baru yang timbul akibat fenomena teknologi baru ini. Bagaimanakah bentuk karya yang bermutu tinggi untuk mengisi halaman seni global? Bagaimana kita boleh melahirkan pujangga ruang siber ini?

Pada tahap awal ada beberapa keperluan dasar yang harus diisi secara bijaksana:

Para penulis perlu mempelajari dan menguasai teknologi baru kerana jika mereka tidak celek dengan teknologi buta IT, mereka akan ketinggalan dan terus meraba dan sesat dalam alam siber ini.

Penggunaan teknologi maklumat dijangka mengubah cara dan rentak hidup para penggunanya dan juga akan menukar pemikiran dan cita rasa mereka. Para penulis perlu meneroka dan memahami kehidupan semasa dan cita rasa generasi baru dan mendatang terhadap bahasa dan seni serta berusaha menyesuaikan diri dengan perubahan suasana ini.
Para penulis juga harus mempunyai
visi dan wawasan yang tajam dalam kehidupan dan penulisan mereka serta harus boleh meneroka tema baru yang relevan dan mencuba mencipta genre dan pendekatan sastera baru yang paling berkesan untuk ruang siber.

Karya-karya yang sedia ada termasuk warisan sastera kita yang kaya perlu dirakam semula dalam bentuk teknologi terkini. Karya-karya sastera Melayu klasik misalnya perlu dihasilkan dalam bentuk baru untuk penyaluran di internet atau ruang siber. Misalnya dalam laman web khas, CD ROM, VCD dan seumpamanya. Begitu juga perlu difikirkan usaha untuk merakamkan karya-karya dan kegiatan-kegiatan sastera serantau dalam bentuk baru ini, tanpa menyisihkan media sastera yang sedia ada. Organisasi-organisasi penulis dan institusi sastera perlu menyesuaikan dan memanfaatkan media dan bentuk jaringan komunikasi baru. Sebagai contoh persidangan sastera dan penyebaran karya melalui media elektronik adalah ruang baru yang perlu diteroka oleh badan-badan sastera dan sasterawan Melayu.
Ruang
siber menjadi wadah dan bahan baru untuk dikaji para sarjana. Hasil penelitian dan kajian para sarjana juga mempunyai saluran baru untuk disebarkan kepada golongan karyawan dan juga masyarakat umum. Malah dengan teknologi digital dan komputer, sistem penyusunan dan penggolongan sastera rantau kita boleh ditingkatkan dan dikemaskan.

Sastera Siber di Malaysia

Sastera siber mula mendapat tempat oleh kebanyakan pengguna dan juga peminat sastera sebagai medan alternatif untuk meneruskan kesinambungan karya mereka menemui khalayak. Sebagai antara pilihan terbaik, ia secara tidak langsung bergerak sesuai dengan perkembangan semasa dalam dunia teknologi maklumat, yang memungkinkan semua manusia berada dalam satu kampung. (Mohd. Dahri Zakaria: 2004)

Terdapat beberapa laman utama yang menyediakan ruang untuk peminat dan juga kelompok penulis, terutamanya generasi baru untuk berkarya. Antaranya ialah laman Pustakamaya.net, Melayu.com, Karyanet.com.my, arahkiri.cjb.net, idealis-mahasiswa.net, www.esastera.com, cybersastra.com, komposisionline, zikirgroups.com, kelab maya sastera Sabah (KEMSAS), dan beberapa lagi. Namun, antara yang ramai itu, yang agak menonjol ialah laman www.esastera.com.

Istimewanya laman ini apabila ia merupakan satu-satunya laman siber yang memuatkan sepenuhnya hasil karya sastera dalam pelbagai genre oleh kebanyakan pengunjungnya. Malah ia juga dikenali sebagai majalah sastera elektronik. Komitmen pengendalinya inilah yang menjadikannya antara laman yang menarik untuk dikunjungi dan seterusnya berkarya di situ.

www.esastera.com (selepas ini disebut e-sastera) mula dilancarkan pada 23 Disember 2002 bertempat di Kolej Kediaman Kedua, Universiti Malaya bersempena dengan majlis yang dinamakan sebagai ‘Gathering Raya Penyair Alam Siber’. Sempena majlis itu, sekalian penghuni dan pengkarya di laman berkenaan berhimpun untuk pertama kalinya di alam nyata setelah sekian lama berhimpun di alam maya. Setahun sebelumnya laman ini lebih dikenali sebagai www.comunityzero.com/penyair.

Menurut pengasasnya, Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas, sewaktu pelancaran e-sastera fasa 2, begitu menyuguhkan tentang komitmen penganjur untuk menjadikan laman itu sebagai satu platform dalam usaha untuk menghasilkan karya-karya sastera yang bermutu dekad ini.

Sehingga kini, terdapat beberapa ruangan khusus yang menghidangkan karya-karya penghuninya. Antaranya, ‘Penyair’ yang memuatkan karya-karya ahli berbentuk sajak, ‘Sajen’ untuk sajak jenaka, ‘Haiku’, iaitu antara bentuk puisi Jepun yang terkenal yang ditulis dalam Bahasa Melayu, ‘Resensi’ yang memuatkan ulasan atau kritikan terhadap karya-karya yang sedia ada di pasaran terbuka, ‘Cerpenis’ yang menghimpunkan cerpen-cerpen, ‘Berita dan Bicara Sastera’ yang menghimpunkan maklumat dan juga laporan tentang kegiatan-kegiatan sastera yang berlangsung di dalam negara, ‘Novel’ yang memuatkan novel bersiri yang ditulis oleh ahli-ahli tetap secara bergilir untuk meneruskan sinambungan cerita, ‘Poets’ yang memuatkan puisi-puisi dalam bahasa Inggeris, ‘Profil’ yang memuatkan biodata ahli-ahli laman berkenaan, ‘Madah dan Pantun’ dan beberapa pilihan genre lagi. Kepelbagaian pilihan yang ada ini memungkinkan pengunjung dapat berkarya secara bebas dan terbuka menjadikannya antara yang menarik untuk dikunjungi.

Laman ini merupakan tempat berhimpun ramai penulis, termasuk yang muda dan mapan. Di sinilah anda akan ditemukan dengan pelbagai nama seperti Drirwan, Arisel B.A., Sri Diah, Nimoiz T.Y. dan ramai lagi. Malah, di sini juga kita akan bertemu dengan kelompok penulis dari pelbagai pelusuk dunia. Ada yang datang dari Indonesia, Mesir, Jepun, Amerika Syarikat dan pelbagai lagi. Mereka inilah antara pengunjung setia serta penyumbang tetap di laman berkenaan.

Istimewanya di sini, setiap karya mempunyai peluang untuk ‘dibedah’ secara langsung. Ini kerana, di ruangan-ruangan yang disebutkan di atas, turut memuatkan ulasan-ulasan serta kritikan yang dibuat oleh penghuni lain. Ini menjadikan penulis karya itu dapat mengetahui maklum balas pembaca dengan cepat dari pelbagai sudut terutamanya untuk menilai kelemahan dan kekuatan sesebuah karya.

Malah sebelum itu juga turut diperkenalkan sistem mentor antara penulis mapan dan baru. Karya-karya penulis baru, terutamanya sajak di e-mel terlebih dahulu kepada mentor yang dilantik untuk dinilai atau diberi ulasan sebelum dimuatkan ke dalam laman berkenaan. Ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan secara tidak langsung dapat bertukar-tukar pendapat antara keduanya.

Karya-karya juga dapat disiarkan secara bebas dan terbuka. Bermutu atau tidak, itu soal kedua. Tetapi bila sudah berkarya di situ, karya-karya anda akan dinilai dengan segera, dan tidak dapat tidak, anda akan memilih karya-karya yang terbaik sahaja untuk tujuan siaran di situ. Sungguhpun begitu, pengendali sendiri tetap menetapkan syarat, seperti karya-karya yang menyentuh moral, peribadi, atau apa-apa saja yang boleh menimbulkan keaiban orang lain, awal-awal lagi karya seperti ini ditolak. Seperti juga di mana-mana laman atau tempat di dunia ini.

Sehingga kini, laman berkenaan telah berjaya menganjurkan satu program yang dinamakan sebagai Anugerah Penyair Alam Siber (APAS) pada tahun 2004. Melalui anugerah berkenaan, sajak-sajak ahli yang tersiar di laman berkenaan sepanjang tahun 2002 telah dinilai untuk menerima anugerah berkenaan melalui satu majlis yang telah diadakan yang dinamakan Hadiah eSastera.com (HeS.Com) 2003 yang menawarkan hadiah utama bernilai RM2003, sijil dan cenderamata. Sajak Jenaka (Sajen) juga turut dinilai untuk menerima Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber (ASJAS) yang menawarkan hadiah sebanyak RM1000.

Melalui anugerah itu juga, beberapa naskhah buku turut telah diterbit iaitu APAS (sebuah antologi puisi pilihan komuniti ‘penyair’ alam siber). Sajak-sajak yang termuat di dalam antologi berkenaan merupakan sajak pilihan yang turut dinilai untuk Hadiah Esastera.com (HeS.Com) 2003.

Dua buah lagi ialah SAJEN yang merupakan antologi sajak jenaka pilihan komuniti ‘penyair’ alam siber untuk Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber (ASJAS) 2003 dan Kursus Kepenyairan E-Sastera. Ketiga-tiga naskhah berkenaan diselenggarakan oleh Irwan Abu Bakar dan Hashimah Harun dan diterbitkan oleh kAPAS Publication. Manakala untuk tahun hadapan pula terdapat beberapa penambahan hadiah lain turut ditawarkan dalam HeS.Com 2004 seperti Anugerah Cerpenis Alam Siber (ASCAS), Anugerah Haiku Alam Siber (HAIJIN) dan beberapa lagi.

Selain daripada itu, beberapa sayembara lain turut diadakan sepanjang tahun. Ia juga turut dikenali sebagai ‘Sayembara di Talian’ yang diadakan bersempena dengan sesuatu peristiwa seperti Sayembara Puisi Perang, Sayembara Puisi Hari Bapa, Sayembara Puisi Hari Keluarga, Sayembara Puisi Hari Guru dan Sayembara Puisi Maulidur Rasul.

Beberapa hadiah tidak berkala juga turut ada seperti penyumbang sajak terbanyak untuk tahun berkenaan, sajak keseribu, deklamator terbaik (dinilai dalam dua pertemuan sebelum ini), pengulas prolifik dan beberapa lagi. Dan terbaru sempena pelancaran e-sastera fasa 2, penganjur telah mula menawarkan hadiah Anugerah Sasterawan Alam Siber (ASWAS) yang merupakan projek terbesar laman berkenaan. ASWAS yang pertama akan mula dikeluarkan pada tahun 2006 dengan menjadikan karya-karya yang tersiar di laman berkenaan sepanjang tahun 2002 hingga 2005 sebagai penilaian. Dan khabarnya, hadiah yang ditawarkan mencecah ke angka RM100,000!

Ini jelas menunjukkan bahawa sastera siber sudah mampu untuk pergi jauh ke hadapan meninggalkan tanggapan yang sedia ada. Tidak dapat tidak, dunia sastera siber mula mendapat tempat dan mampu duduk sebaris dengan dunia sastera arus perdana. Penulis-penulis baru sudah boleh berkarya dengan bebas tanpa menunggu peluang yang terlalu mereka lalui.

Bagai komuniti kecil sastera di Sabah, tumpuan para penulis juga luas termasuklah menerusi mailing list yang dikenali iaitu Kelab Maya Sastera Sabah atau ringkasnya KEMSAS. KEMSAS tidak ada bezanya dengan mailing list anjuran yahoo.egroups yang lain seperti Masyarakat Sastera Siber di Indonesia, Zikir Groups yang dikendalikan oleh Kemala dan Sastera Sufi kendalian Haji Johar Buang di Singapura. Menerusi kelab maya atau siber ini, para penulis yang menjadi ahlinya boleh berinteraksi secara interaktif. KEMSAS juga menjadi medan percambahan buah fikiran di kalangan ahlinya selain sebagai wahana karya seperti puisi, cerpen dan esei berkaitan sastera dan budaya. Kelab maya ini dikendalikan oleh beberapa orang moderator yang bertanggungjawab menapis setiap hantaran mesej atau bahan tulisan ahli sebelum ditatap oleh pelawat KEMSAS. KEMSAS turut diperkenalkan dengan lahirnya penulis-penulis baru sebagaimana yang terjadi dalam sastera surat khabar atau majalah, seperti Anthonia Gilung, Elwan Truman (Semut Jingga), Nazri Abdullah, Anira Bam, Luciana Benjamin dan Nurul Omar selain daripada nama-nama penulis yang sedia ada yang kebanyakannya mapan seperti ABM Fajeer, Zaini Ozea, Haji Ismaily Bongsu, Mabulmaddin Shaiddin, Abd Naddin Shaiddin, Sasjira, Jasni Yakub, Ony Latifah Osman, Ramzah Dambul (Rem), Shukri Shaifuddin, Juilis Mokujal, Katerina Tati, Nadin Haji Salleh, Aliuddin Mohd Salleh (Ailin Nor), Muharsafa Kirana Bacho dan Lenny Deen Erwan.

Selain KEMSAS komuniti sastera siber juga memerhatikan sebuah lagi mailing list egroups iaitu zikir-group yang dikendalikan oleh Dato’ Haji Ahmad Kamal Abdullah (Kemala). Zikir-group menjadi tumpuan lebih ramai tokoh sasterawan dan budayawan rantau Nusantara. Nama-nama penulis tanah air seperti Fudzail, Siti Zainon Ismail, Hasyuda Abadi, Nisah Hj. Haron, Imlan Adabi, Nazmi Yakub dan Arisel B.A. Malah egroups ini juga memaparkan buah fikiran para penulis luar seperti Sorana dari Romania, Ikranagara (Washington DC), Noridah Kamari (Singapura), Tiara (Singapura), Nanang Suryadi (Jakarta), Aminur Rahman (Dakka, Bangladesh), Jhanananda (US), Tae Ho Han (Korea), Arief Ludiantoro (Jakarta) dan Daery AD Viddy (Jakarta).

Kewujudan medan-medan mailing list tidak semata-mata menempatkan bahan-bahan buah fikiran menerusi karya sastera, laporan dan sebagainya bahkan juga menjadi lebuh raya penghubung antara benua dan rantau. Melalui wacana sastera, kita mampu memperoleh maklumat dengan cepat sekali.

Kesan budaya dan bahasa dalam ruangan siber
Budaya internet kini menerobos setiap kewujudan. Masyarakat Melayu juga tidak ketinggalan dalam perkembangan positif ini. Kini terdapat banyak lelaman di internet mengenai pengajian Melayu. Dunia Melayu di internet semakin meluas. Perkembangan positif ini terus mengisi ruang siber melalui e-mel dan chat sebagai wahananya. Penggunaan kedua-dua unsur wahana ini dalam bahasa Melayu secara tidak lansung membantu melestarikan bahasa Melayu.

Jika kita singkap lelaman-lelaman tersebut, perasaan takjub akan timbul tatkala terlihat betapa ramainya pengguna bahasa Melayu mengeksploitasi kemudahan komunikasi ini. Kesan penggunaan yang serba mudah dan serba luas ini, banyak istilah baru terhasil sebagai kemudahan ekspresi. Misalnya perkataan-perkataan seperti kang (nanti), a'kum (assalamualaikum), w'lam (wa'alaikumsalam), dowang (mereka), wokay (baiklah), tipon (telefon) dan persal (mengapa).

Perkembangan ini sangat menarik jika ditinjau dari aspek pelestarian bahasa. Ia membuktikan kedinamikan bahasa Melayu yang kekal relevan dalam zaman siber ini. Ini merupakan satu sikap positif dan terpuji. Bahasa Melayu tetap digunakan dengan beberapa pengubahsuaian bagi memudahkan perbualan. Namun demikian manipulasi bahasa seumpama ini jika tidak dibendung mampu memudaratkan pengguna dan nilai bahasa itu sendiri.

Perbuatan memendekkan kata-kata atau pun ayat sering melahirkan makna yang berbeza jika dinilai oleh "seorang bukan siber" yakni mereka yang baru saja berjinak-jinak dengan alam internet. Bagi "orang-orang siber" pula, bahasa yang diubahsuaikan itu akan menjadi satu kebiasaan sehinggakan terbawa-bawa kepada perbualan ataupun penulisan di luar alam siber iaitu di alam realiti. Misalnya terdapat kata gantinama yang telah diubahsuaikan menjadi dowrang (mereka), sayer (saya), dier (dia), korang (kamu), nko (engkau) dan nyer (nya), nie (ini). Begitu juga dengan kata tanya yang diubahsuaikan menjadi asal (mengapa), biler (bila), camner (bagaimana), maner ( mana) dan naper (kenapa). Amat menyedihkan pula istilah-istilah agama seperti dipermainkan misalnya alah (Allah), A'kum (Assalamualaikum) dan w'lam (Wa'alaikumsalam).

Keadaan ini selanjutnya membawa kepada terhasilnya ayat-ayat tidak gramatis kerana menyeleweng daripada hukum-hakam tatabahasa. Misalnya ayat-ayat - "Leh sayer kenal2 dengan awak?" (Bolehkah saya berkenalan dengan awak), "A'kum semuer. Kat maner nie? " (Assalamualaikum semua. Awak berada di mana?), "Skang nie pon dah ader benda tuu." (Sekarang ini pun sudah ada alat itu).

Situasi itu menjadi genting apabila pengguna-pengguna internet gagal membezakan penggunaan bahasa di internet dan di luar internet. Ini berlaku apabila mereka menggunakan istilah, pemendekan dan ayat-ayat di ruang siber dalam perbualan sesama teman dan guru. Masalah pemahaman akan timbul kerana komunikasi menjadi kurang jelas. Namun kesan yang amat ditakuti adalah penyelewengan bahasa semakin berleluasa dari alam maya ke alam realiti.

Pada pragmatiknya, kita dapat melihat satu percubaan menarik dalam penggunaan bahasa Melayu. Namun demikian kesan sikap berlebihan mengakibatkan penyelewengan bahasa menjadi di luar kawalan. Pada tahap permulaan berlaku pemendekan istilah yang masih mudah difahami seperti tak (tidak), saja (sahaja), duk (duduk), gini (begini), gitu (begitu), mau (mahu) dan reti (mengerti). Pada tahap pertengahan pula berlaku penyerapan kata kepada bahasa lisan seperti digunakan dalam perbualan biasa misalnya amik (ambil), antar (hantar), bace (baca), mane (mana), same (sama), kecik (kecil), ape (apa) dan hotak (otak).

Perkembangan selanjutnya memaparkan pemelatan kata-kata, mungkin dengan tujuan meriahkan suasana perbualan atau sekadar menambahkan kemesraan misalnya caye (percaya), camni (macam ini), camtu (macam itu), teypon (telefon), keng-kawan (kawan-kawan), cedap (sedap), amik atti (ambil hati), pompan (perempuan) dan mepek (merepek).

Kemudian lahir kata-kata bersifat irama seperti seryuz (serius), lepaz (lepas), wajibz (wajib), sayer (saya), biler (bila), kiter (kita), jumper (jumpa), luper (lupa) dan nyer (nya). Proses pelahiran istilah internet bahasa Melayu mencapai kematangan apabila istilah spesifik berputik seperti om (orang), ngan (dengan), je (sahaja), ur (awak), lak (pula), kerker (ketawa kecil), hmmm (sedang berfikir) dan ha x 9999999 (ketawa terbahak-bahak). Akhir sekali lahir penggunaan simbol-simbol seperti :) atau _ (mimik muka senyuman), :( atau _ (mimik muka sedih / masam), :P (mimik muka yang mengejek), :))) (mimik muka sedang ketawa), :O (mimik muka terkejut) dan n (menandakan berakhirnya perbualan).

Demikian proses evolusi bahasa Melayu internet. Sejarah menonjolkan betapa bahasa Melayu telah berkembang daripada status kuno kepada moden setelah melalui beberapa proses penyerapan daripada bahasa-bahasa Sanskrit, Arab, Cina dan Inggeris. Proses peristilahan telah berjaya memartabatkan bahasa Melayu agar tidak beku, sebaliknya terus dinamis. Alaf baru ini meneruskan proses evolusi bahasa Melayu ke peringkat maya. Bahasa Melayu Internet tidak perlu melalui proses peristilahan ataupun konstruksi kata dan ayat oleh pakar bahasa. Kini istilah-istilah baru dapat dihasilkan oleh orang perseorangan. Pengikirafan diberikan atas dasar musyawarah iaitu difahami dan digunakan secara konvensi oleh pengguna-pengguna internet.

Ini merupakan satu perkembangan menarik dan sihat. Namun demikian, kesan jangka panjang terhadap bahasa Melayu tidak seindah perkembangan ini. Jika dibiarkan sahaja, pencemaran bahasa akan menjadi satu kebiasaan. Sekiranya konvensi menerima kebiasaan ini bagi pengunaan di alam realiti maka akan lenyap bahasa Melayu yang gramatis dan murni. Sebaliknya pengguna-pengguna internet seharusnya mencari jalan untuk memastikan bahasa Melayu tetap terpelihara. Laras internet sebaiknya disimpan sahaja di dalam internet agar kemurnian dan kedinamikan bahasa Melayu lebih terselah dan kekal relevan. Biarlah ia berkembang mengikut tempat dan penggunaannya.

Sastera siber sebagai pengimbang kehidupan

Era teknologi maklumat menuntut perubahan dan penyesuaian di kalangan para penulis. Perubahan dan penyesuaian ini perlu dilakukan supaya para penulis dapat menjalankan fungsi dan mencapai matlamat penulisannya dengan lebih berkesan lagi dan bukan untuk menukarkannya sama sekali. Pada pandangan saya, biar apa pun perubahan yang berlaku, fungsi asas seorang penulis masih tetap untuk merakamkan suara peribadinya terhadap dalam kehidupannya dan juga untuk bertindak sebagai jurucitra zamannya.

Sebagai jurucitra zaman atau era teknologi maklumat, para penulis harus memberi perhatian dan menilai kesan-kesan penggunaan teknologi tinggi ini dalam kehidupan masyarakat mereka dan dunia umumnya. Ringkasnya, para penulis wajar bertindak sebagai pemikir atau perenung mengenai corak kehidupan dalam era ini dan menilai bagaimana teknologi ini boleh atau telah menjejas kebudayaan dan nilai-nilai kemanusaiaan. Hasil renungan dan penilaian yang dirakam dan dicerna secara estetik mengikut ukuran sastera, akan membantu menimbulkan kesedaran dan meningkatkan pengetahuan khalayak sastera mengenai makna dan nilai hidup yang murni dan sebenar.

Sejak zaman dulu lagi, sastera telah diangkat sebagai wadah untuk memanusiakan manusia dan membudayakan manusia. Biarpun keunggulan fungsi dan pengaruh sastera telah dipersoalkan kerana gejala utilitarianisme dan pragmatisme yang makin menguasai perilaku manusia dan ramalan tentang sistem ekonomi kapitalisme dan sistem politik liberal akan menguasai masa depan (Budi Darma 1998), diyakini peranan dan cabaran penulis sebagai pelengkap budaya dan pengimbang kehidupan insan masih terus relevan dan penting malah bertambah genting dalam era teknologi maklumat ini.

Siapakah pujangga Melayu baru dan bagaimanakah corak kepujanggaan Melayu di ruang siber ini? Yang lebih penting, apakah persediaan golongan penulis itu sendiri untuk melungsur di ruang siber ini?

Sejarah persuratan Melayu membuktikan yang para budiman dan sasterawannya dikenang bukan kerana penguasaan teknik mereka semata-mata tetapi kerana kekuatan pemikiran dan kehebatan daya kreatifnya yang berjaya mencetuskan kesedaran, membuahkan kesegaran rasa, wawasan baru atau pengalaman seni yang berkesan kepada pembaca atau khalayaknya. Ini terbukti melalui contoh dua orang tokoh sasterawan besar Nusantara iaitu Hamzah Fansuri dan Munsyi Abdullah.

Pada setiap zaman dan tahap perkembangan sastera Nusantara telah lahir pada pujangga dengan karya agung mereka yang meneruskan dan meningkatkan tahap pencapaian sastera dan budaya Melayu. Alam kepengarangan Melayu terus berkembang secara tetap dan meyakinkan kerana dinamisme seni para sasterawan kita yang silih berganti sepanjang zaman. Kini kita berada pada alaf baru yang sedang berhadapan dengan arus globalisasi. Tugas dan tanggungjawab untuk meneruskan dinamisme seni dalam ruang teknologi ini terletak di bahu setiap sasterawan untuk terus mengangkat kemurnian budaya dan keistimewaan sastera Nusantara di persada antarabangsa.

Malah langkah yang harus difikirkan sekarang ialah merancang strategi yang paling berkesan untuk menyebarkan hasil sastera kebangsaan di dunia global. Selain daripada kegiatan menterjemahkannya ke bahasa-bahasa antarabangsa, penyebaran melalui penerbitan yang berprestij dan dengan menggunakan kecanggihan ICT harus dilakukan secara berterusan. Hasil karya sastera yang menggambarkan hati nurani bangsa penciptanya dapat dijadikan produk budaya untuk memperkenalkan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Hasil sastera juga tiada batasan bangsa dan geografi khalayaknya. Jika kita dapat menikmati karya sastera bangsa lain, maka sewajarnya bangsa lain pun dapat menikmati karya sastera penulis Malaysia. Meskipun pada penulis Malaysia harus menulis karya mereka dengan kesedaran sasaran khalayak yang global, namun mereka harus tidak melupai akar atau persekitaran alam, budaya dan agama di mana bumi dipijak di situ langit mereka junjung. Melalui karya sastera yang universal temanya, pembaca global akan dapat menikmati pemikiran yang menjadi mesej pengarang Malaysia. Sesuai dengan era globalisasi, maka usaha pembinaan dan penataran bakat para penulis di Malaysia sewajarnya ke hala tuju tersebut.

Penutup

Sebenarnya teknologi hanyalah alat dengan kehidupan manusia. Sama ada kita suka atau tidak teknologi maklumat ini perlu dipelajari dan dikuasai dengan cekap dan bijaksana supaya jangan mudah diperalat orang yang menguasai teknologi atau menjadi mangsa teknologi. Teknologi bukan jaminan kesejahteraan hidup dan ketinggian kesenian. Sejarah telah membuktikan bahawa penyakatan sesebuah budaya atau sastera terletak pada daya kreatif, inovasi, keyakinan dan kesedaran segolongan budayawan atau sasterawannya untuk meningkatkan diri dan kehidupan bersama.

BIBLIOGRAFI
Dr. Hadijah Rahmat. 1999. Teknologi dan Perkembangan Sastera Nusantara. Yayasan Warisan Johor dll: Johor Bahru.
Hamzah Hamdani. 2003. Keranamu Malaysia: Sastera Dalam Era ICT. Kota Kinabalu: Gapena, Majlis Bahasa dan Sastera Sabah dan DBP Cawangan Sabah.
Mohd Dahri Zakaria. 2004. Sastera Siber Sebagai Wadah Alternatif. Akhbar Mahasiswa, Februari 2004. (Disiarkan semula dalam esastera.com: http://www.esastera.com/kk/ Sastera-SiberSebagaiWadahAlternatif.htm)
Rohizah Halim dan Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail. 2002. Bahasa Melayu dalam Era Teknologi Maklumat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Para Penyair. 2001. Graffiti Gratitude. Sebuah Antologi Puisi Cyber. Bandung:Yayasan Multimedia Sastera.

Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu - Artikel 4

"5.2 Bahasa Melayu dalam Era Teknologi Maklumat 689"

Oleh : Hassan Ahmad

Pendahuluan

Kertas ini terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama menjelaskan makna ‘era teknologi maklumat’ secara umum dan implikasinya terhadap manusia dan negara-bangsa. Bahagian kedua mengemukakan beberapa cadangan kepada Kongres. Masalah yang perlu kita selesaikan bukan masalah bahasa Melayu tetapi ialah dasar negara-negara terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa teknologi maklumat di dalam negeri ini, dan peranan, sumbangan serta tindakan perancang bahasa, para sarjana/ilmuwan dan pemikir berbahasa Melayu untuk menghadapi cabaran zaman teknologi maklumat itu. Saya menganggap bahawa cabaran besar teknologi maklumat bukanlah teknologinya tetapi ialah maklumat atau budaya yang disebarkan melalui teknologi itu.

Bahagian I : Maksud Era Teknologi Maklumat (TM), fenomena globalisasi dan Implikasinya

1. Dalam tahun 1960-an Marshall McLuban meramalkan bahawa dunia akan menjadi ‘kampung sejagat’ atau global village. Proses ‘pengampungan dunia’ ini kini disebut ‘pengglobalan’ atau ‘globalisasi’ (saya membezakan istilah ini dengan ‘pensejagatan’ atau ‘universalisme’). Kuasa atau faktor yang bertanggungjawab menggerakkan proses ini banyak. McLuhan memikirkan faktor komunikasi yang dapat merentas sempadan dunia dengan kelajuan yang semakin pantas. Kini kuasa atau faktor yang sama sudah mencapai tahap perkembangan yang lebih canggih lagi, dalam bentuk yang disebut teknologi maklumat (TM). Seluruh dunia dikatakan sedang dirempuh, ditembusi, diasak dan dipengaruhi oleh berbagai-bagai jenis maklumat yang disebarkan ke seluruh dunia secara elektronik melalui ruang siber [istilah cyber pertama kali diciptakan oleh William Gibson dalam buku cerekaan sains komputernya yang bertajuk Neuromancer]. Tetapi ada dua kuasa lain yang turut menggerakkan proses ini, iatu kuasa ekonomi pasaran bebas dan kuasa ‘demokrasi liberal’ ala-Barat. 690 Kongres Bahasa dan Pensuratan Melayu V

2. Apakah kesan atau akibat proses globalisasi ini terhadap budaya manusia dan kuasa atau ‘kedaulatan’ negara bangsa? Tiga kesannya yang sering disebut orang ialah, pertama, dunia dikatakan tidak akan bersempadan lagi. Oleh kerana maklumat disebarkan melalui ruang siber atau cyberspace, tidak melalui ruang bumi atau ruang geografi atau melalui media cetak semata-mata, maka orang mula percaya bahawa sempadan negara-bangsa yang selama ini dikawal oleh dasar politik, dasar budaya dan dasar maklumat masing-masing, sukar dikawal lagi. Maklumat yang disebarkan melalui internet yang kini merupakan sistem atau cabang lebuhraya maklumat elektronik atau electronic information highway1 yang terbesar dikatakan sukar ditapis atau dikawal oleh kerajaan. Manusia di mana-mana sahaja berpeluang menggunakan dan menyebarkan apa sahaja maklumat untuk kepentingan mereka, sama ada dengan tujuan yang baik mahupun yang tidak baik, tanpa kawalan daripada mana-mana pihak, terutama pihak berkuasa kerajaan yang mengamalkan dasar kawalan maklumat yang konservatif. Kesan kedua ialah berlakunya proses ‘homogenisation’ atau proses ‘penyeragaman’ budaya kepenggunaan dan nilai manusia. Dipercayai bahawa minda dan kelakuan manusia di seluruh dunia sedang dibentuk menurut peraturan dan sistem nilai yang sama,

yang disebut’ peraturan dan sistem nilai sistem global’. Misalnya, manusia di mana-mana sahaja akan menggunakan teknologi dan bahan maklumat yang sama, menyerap nilai-nilai atau acuan demokrasi dan peraturan ekonomi yang sama, menonton serta menghayati hiburan yang sama, mendengar atau membaca berita dunia yang sama, menggunakan bahasa global yang sama, iaitu bahasa Inggeris yang pengaruhnya sebagai bahasa penyebar utama teknologi maklumat global semakin merebak.

3. Kesan Ketiga ialah, berlakunya proses penjajahan baru (‘neokolonialisme’) yang dipercayai digerakkan, secara sedar atau tidak, oleh kuasa-kuasa ekonomi dunia (seperti Kumpulan Negara “G-7”, Tabung Wang Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, dan saudagar gergasi teknologi maklumat. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sendiri pernah menganggap proses globalisasi itu sebagai proses penjajahan baru. Negara-bangsa, terutama yang sedang membangun, selalu dipaksa oleh kuasa-kuasa global yang monolitik supaya mematuhi nilai, sistem dan peraturan yang sama menurut kehendak atau acuan, kepentingan dan agenda mereka. Kita kini sedang melihat bagaimana krisis ekonomi yang sedang dialami oleh beberapa buah negara Asia Timur, termasuk beberapa buah negara ASEAN, cuba diaturkan semula oleh Tabung Wang Antarabangsa (IMF) menurut kehendak, peraturan dan fatwa pertubuhan itu (pertubuhan yang kadang-kadang disebut ‘International Ministry of Finance’) sehingga negara yang mengalami krisis itu tidak dibenarkan Bahasa Melayu dalam Era Teknologi Maklumat 691 memikirkan cara-cara yang lain, cara sendiri, untuk membetulkan kelemahan dan memulihkan keadaan ekonomi sesuai dengan kepentingan bangsa dan negara sendiri. Dalam majalah Asiaweek baru-baru ini tersiar surat seorang pembaca dari Malaysia yang berkata bahawa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, mesti menyedari bahawa di dunia ini yang berkuasa untuk menentukan nasib bangsanya sendiri bukan orang seperti beliau lagi tetapi ialah IMF. Ini menunjukkan bahawa manusia yang cetek fikiran dan pandangan sudah terperangkap dengan propaganda dan ideologi badan dunia seperti IMF.

4. Kalau teknologi maklumat global, peraturan ekonomi global dan sistem demokrasi global akan membawa kepada musnahnya kebebasan dan kuasa negara-bangsa atau bangsa-bangsa di dunia ini untuk mempertahankan kepentingan mereka dalam bidang maklumat, ekonomi dan pemerintahan saya kira tidak ada bangsa yang akan menyerah kepada proses globalisasi itu. Tanda-tanda menunjukkan bahawa proses globalisasi itu tidak akan

membawa kepada ‘kemajuan’ yang baik dan adil kepada semua bangsa dalam sistem yang diglobalisasikan itu. Dalam sistem global kemajuan manusia atau bangsa dalam bidang apa pun sangat bergantung pada dua faktor; pertama, tahap kemajuan ilmu yang ada pada bangsa itu, dan kedua, disiplin atau nilai budaya bangsa itu. Negara atau bangsa yang tidak maju atau tidak kuat dari segi dua faktor ini akan mudah menjadi mangsa kepada kuasa-kuasa global. Walaupun kita menyangka bahawa bangsa-bangsa di dunia ini dapat hidup dan maju melalui apa yang disebut penggabungan strategik atau strategic alliance dengan negara yang maju, proses ini sebenarnya tidak berlaku. Negara yang tidak maju ilmu dan tidak kuat budayanya akan terus menjadi mangsa monopoli dan kuasa negara pengembang ilmu dan pengeluar teknologi maklumat. Keadaan inilah yang digunakan oleh negara perusahaan teknologi maklumat untuk terus mewujudkan budaya konsumerisme di seluruh dunia dengan menggunakandan menjual teknologi dan maklumat sebagai produk perdagangan kepada sebanyak mungkin negara pengguna tanpa memikirkan faedahnya dari segi kemajuan tamadun manusia sejagat, misalnya sebagai alat memupuk kerjasama dan persefahaman tamadun atau budaya dan agama. Satelit digunakan untuk membolehkan semua pengguna television di seluruh dunia, misalnya, untuk menonton lebih banyak tayangan filem hiburan, keganasan, seks dan sebagainya yang dibikin di luar negeri, dan untuk mendengar berita CNN. Saluran-saluran TV 24 jam semakin banyak. Orang di mana-mana sahaja, termasuk di negara yang miskin dan yang menghadapi krisis ekonomi, krisis sosial dan krisis budaya, terus digalakkan malah diasak oleh saudagar TM dan TV kabel(yang selalunya disokong oleh kerajaan) supaya membeli dan menggunakan produk 692 Kongres Bahasa dan Pensuratan Melayu V mereka. Internet, walaupun banyak faedahnya, keburukannya juga semakin banyak. Internet sudah menjadi ‘tong sampah’ dan ‘tong najis’ global, tempat orang menjual dan menyebarkan maklumat bermutu rendah,

maklumat yang salah, maklumat yang karut. Perbuatan ‘spam’, yakni perbuatan menghubungi e-mail orang lain dengan tujuan untuk mengutuk, memaki, mencarut dan menyebarkan maklumat palsu semakin menjadijadi.

5. Saya tertarik dengan pandangan John Naisbitt dalam bukunya The Global Paradox (1995). Beliau berpendapat bahawa semakin dunia ini menjadi ‘global’ semakin kuat pula timbulnya kesedaran ‘tribal’ atau semangat ‘sukuan’ dan nasionalistik di kalangan manusia setempat. Bangsa atau kumpulan etnik yang kecil yang berasa terancam oleh proses globalisasi itu akan berusaha untuk mempertahankan jati diri budaya kedaulatan sempadan negara-negara masing-masing. Inilah yang sedang berlaku di kebanyakan kawasan di dunia pada hari ini. Lihat sahaja contohnya di Sri Lanka, di Eropah atau Eropah Timur, khususnya di bekas kesatuan Yugoslavia dan Kesatuan Negara-negara Soviet setelah gagalnya ideology komunisme untuk menyatukan bangsa yang berbeza-beza. Manusia berperang dan berbunuh-bunuhan kerana perasaan asabiah, iaitu perasaan bangsa, agama dan budaya, dan asal sejarah masing-masing. Naisbitt meramalkan bahawa Eropah mungkin akan berpecahmenjadi 70 buah negara dan dunia seluruhnya akan melahirkan 1000 buah negara. John Naisbitt berpendapat bahawa dalam era atau zaman teknologi maklumat, negara atau bangsa yang kecil dapat terus hidup dan maju dalam bidang apa pun dengan mengadakan strategic alliance dengan negara lain melalui rangkaian maklumat global yang ada, misalnya melalui lebuhraya maklumat yang disebut Internet itu. Tetapi penyertaan dalam strategic alliance atau penggabungan strategik ini tidak akan bermakna sekiranya negara atau bangsa yang kecil itu tidak maju dari segi tahap perusahaan atau tamadun ilmunya. Mereka akan menjadi peserta atau pelaku yang lemah dalam sistem penggabungan strategik itu.

Bahagian II: Masalah dan Cadangan

1. Jadi, fenomena yang disebut ‘globalisasi’ itu sebenarnya bukanlah suatu gerakan atau proses ketamadunan dunia yang boleh membawa kepada persefahaman budaya yang lebih mendalam antara manusia di seluruh dunia tetapi bangsa yang kuat dengan bangsa yang lemah. Proses ini didorong oleh kepentingan ekonomi dan perdagangan, tidak oleh perasaan kemanusiaan atau kebudayaan. Kita menganggap bahawa teknologi maklumat haruslah Bahasa Melayu dalam Era Teknologi Maklumat 693 dikembangkan berdasarkan matlamat untuk menggalakkan pertumbuhan ilmu dan pertukaran bahan ilmu, budaya dan tamadun antara semua bangsa di dunia ini. Dunia Barat memperjuangkan dasar atau prinsip ‘pengaliran maklumat yang bebas’ atau ‘free flow of information’. Negara-negara yang sedang membangun menganggap dasar ini tidak adil kerana dunia Barat cuma mementingkan maklumat yang mengalir dari dunia mereka ke dunia lain. Desakan negara-negara membangun supaya pengaliran maklumat antara dunia Barat dengan dunia bukan Barat biarlah lebih berimbang telah ditolak oleh negara-negara Barat.

2. Sekarang dunia Barat bukan sahaja menguasai penyebaran maklumat sedunia melalui media cetak; mereka juga menguasai media elektronik global (internet, TV kabel, dll) untuk menyebarkan maklumat mereka secara global dengan lebih pantas lagi, terus ke dalam bilik tidur kita.

3. Sayugia diingatkan bahawa maklumat bukan ilmu.Yang disebarkan melalui internet ialah maklumat - berbagai-bagai jenis maklumat, termasuk maklumat lucah dan kotor. Bahan yang bercorak ilmu, kalau ada pun, disebarkan melalui ensiklopedia tentang dunia dan tamadun Barat. Internet sudah menjadi komplek membeli belah global, tempat peniaga seluruh dunia menjual maklumat sebagai barang dagangan. Inikah yang dikatakan revolusi TM? Ynag canggih bukan maklumat tetapi ialah teknologi maklumat itu, misalnya program ‘internet browser’, yang diciptakan untuk membolehkan pengguna internet mengakses maklumat dengan cepat atau merayau-rayau (‘surfing’) dalam internet untuk mencari maklumat dan hiburan.

4. Jadi, untuk menghadapi cabaran TM global yang semakin bercorak komersial dan propagandis itu, dan yang mungkin boleh memusnahkan budaya dan sistem nilai bangsa kita, kita memerlukan suatu dasar TM negara yang dapat mengimbangi maklumat global itu, dasar yang dapat memperkenalkan tamadun Malaysia ke seluruh dunia melalui lebuhraya maklumat global,dasar yang dapat melibatkan seluruh rakyat Malaysia dalam proses kemajuan TM di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim, yang menjadi Pengerusi Majlis Teknologi Maklumat Negara (nama majlis ini diterjemahkan daripada namanya dalam bahasa Inggeris, National Information Technology Council) dalam ucapannya merasmikan Persidangan Teknologi Maklumat Kebangsaan atau INFOTECH 98 Malaysia, anjuran Persatuan Industri Komputer Malaysia (PIKOM) di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 21 April yang baru lepas, berkata bahawa ‘….teknologi maklumat perlu didedahkan kepada masyarakat secara meluas untuk mengurangkan jurang perbezaan 694 Kongres Bahasa dan Pensuratan Melayu Vantara masyarakat bandar dengan masyarakat desa’. Dato Seri Anwar seterusnya berkata bahawa melalui agenda IT [TM] ‘Malaysia menggunakan pendekatan dan kaedah yang membolehkan teknologi itu difahami oleh seluruh lapisan masyarakat. Kita jadikan IT [TM] suatu budaya masyarakat’2. Ini adalah dasar TM yang baik bagi kita. Kita tidak mahu TM menjadi hak milik golongan elitis sahaja atau dikembangkan semata-mata sebagai produk ekonomi dan perdagangan dan melupakan peranan TM sebagai alat pembina budaya atau tamadun tinggi di kalangan rakyat Malaysia.

i. Tetapi bagaimanakah dasar TM negara yang hendak memupuk budaya TM di negara ini dapat difahami dan dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat sekiranya bahasa Melayu yang difahami oleh majority rakyat negara ini tidak digunakan sebagai bahasa utama TM? Yng kita nampak pada hari ini ialah, bahasa Inggeris, tidak bahasa Melayu. Hampir semua perisian (‘software’) komputer yang kita gunakan adalah dalam bahasa Inggeris. Hal ini dapat kita mengerti kerana semua program atau perisian komputer itu dibuat di luar negeri, terutama di Barat. Tetapi ini tidak bererti bahawa maklumat yang disampaikan melalui program elektronik itu tidak boleh dibuat dalam bahasa Melayu. Di negeri lain, misalnya di Jepun atau di Perancis, walaupun perisian komputer (misalnya ‘operating system’ ataupun ‘word-processor’) dibuat di negara berbahasa Inggeris, namun pengguna komputer di Jepun atau di Perancis menggunakan perisian yang sama dalam versi bahasa kebangsaan masing-masing. Amalan kita di Malaysia lain sekali. Sebagai contoh, pembekal perkhidmatan internet saya ialah Syarikat Telekom Malaysia, badan yang dikuasai/dikendalikan oleh orang Melayu dan didukung oleh kerajaan. Tetapi 99% daripada bahasa yang digunakan oleh TmNet untukm menyampaikan maklumat kepada pelanggannya adalah bahasa Inggeris. Jikalau keadaan seperti ini berterusan TM akan terpisah daripada rakyat yang kebanyakannya tidak mengetahui bahasa Inggeris.

ii. Jadi, untuk mencapai tujuan dasar atau agenda TM negara seperti yang dijelaskan oleh Dato’ Seri Anwar itu maka bahasa Melayu, sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan yang difahami dan digunakan oleh majoriti penduduk Malaysia, hendaklah dijadikan bahasa TM yang utama di Malaysia. Kerajaan hendaklah mengarahkan pihakpihak pembekal Perkhidmatan Internet (‘internet service providers’) seperti Syarikat Telekom Malaysia dan MIMOS, dan badan-badan kerajaan yang membuka laman jaringan atau laman web dalam internet Bahasa Melayu dalam Era Teknologi Maklumat 695 supaya menggunakan bahasa Melayu untuk menyampaikan maklumat masing-masing. Kita boleh mengimport perkakasan (‘hardware’) komputer dan program internet yang dibuat dalam bahasa Inggeris tetapi mengapakah maklumat yang merupakan bahan yang kita ciptakan sendiri mesti disebarkan di dalam negeri ini melalui computer dan internet dalam bahasa Inggeris? Jikalau kita menganggap bahawa maklumat itu penting juga kita sebarkan ke seluruh dunia melalui internet maka terjemahannya ke dalm bahasa asing (misalnya bahasa Inggeris) bolehlah dimasukkan.

iii. Sehubungan ini kerajaan hendaklah mula membudayakan projek Koridor Multiraya berdasarkan kepentingan dan acuan Malaysia. Antara lain ini bererti Koridor lebuh raya multimedia itu hendaklah memasukkan komponen bahasa Melayu ke dalam sistem itu, sekurang-kurangnya dalam pengurusannya dan dalam maklumat Malaysia yang disediakan. Walaupun bangsa Malaysia patut berfikir global (‘think global’) tetapi kita mesti bertindak berdasarkan kepentingan ruang kebangsaan kita sendiri (‘act local’). Kita tidak mahu kawasan kebangsaan kita ‘dijual’ kepada kuasa-kuasa TM dan ekonomi global. Budaya dan bahasa kebangsaan negara memainkan peranan penting dalam usaha untuk mempertahankan sempadan kebangsaan kita.

iv. Dasar TM Malaysia hendaklah mengadakan peruntukan wang yang cukup untuk membiayai pembinaan korpus maklumat elektronik yang bermutu dalam bahasa Melayu (jika perlu disertakan terjemahannya dalam bahasa Inggeris untuk pengguna maklumat global) tentang tamadun Malaysia, misalnya tentang sejarah, budaya, sastera, dan sebagainya. Laman-laman web dalam bahasa Melayu tentang tamadun dan budaya Malaysia, tentang karya agung Melayu, misalnya, hendaklah diwujudkan oleh badan-badan tertentu, seperti DBP, dalam internet setempat dan internet global. Korpus elektronik tentang pantun Melayu, pepatah Melayu, atau kesenian Melayu, silat dan senaman Melayu , mesti dibina. Untuk menyediakan korpus elektronik ini barangkali kerajaan perlu melantik kumpulan sarjana dan pakarpakar program komputer atau pembina ‘perisian komputer’ dalam negeri.

v. Rancangan untuk membuat dan mengeluarkan berbagai-bagai perisian program komputer dalam bahasa Melayu hendaklah diadakan. Jika kita mahu penduduk Malaysia berbahasa Melayu celik komputer, celik makjlumat, dan menggunakan TM, maka rancangan pembuatan 696 Kongres Bahasa dan Pensuratan Melayu V dan pengeluaran perisian program komputer, termasuk program pemprosesan kata, dalam bahasa Melayu penting.

5. Perlu diingat juga bahawa apabila kita bercakap tentang bahasa Melayu yang kita maksudkan bukan bahasa Melayu yang digunakan di Malaysia sahaja tetapi bahasa Melayu yang digunakan oleh lebih 200 juta manusia di rantau ini. Ini bererti bahawa ‘pasaran’ TM dalam bahasa Melayu cukup besar. Lebih penting lagi, bahasa Melayu dapat dimajukan sebagai bahasa TM bersama di rantau ini. Mengapa kita mesti menyerahkan kawasan ini kepada bahasa Inggeris – bahasa yang tidak pernah menjadi bahasa tamadun rantau ini? Jadi, penting juga kita memikirkan kemungkinan mewujudkan rangkaian lebuh raya maklumat atau rangkaian internet bahasa Melayu di rantau ini.

6. Kemajuan ilmu dalam bahasa Melayu penting untuk menjayakan dasar TM yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya. Seperti kata Dato’ seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya yang disebut di atas, ‘Apa yang dimuatkan dalam komputer adalah pelbagai jenis sampah dan maklumat; hanya mereka yang mempunyai kefahaman asas dan pengetahuan [sahaja yang akan] berupaya menapisnya sendiri.’ Jadi, TM harus berkembang bersama-sama atau berdasarkan perkembangan ilmu. Maka rancangan pembinaan ilmu dalam bahasa Melayu, melalui pendidikan tinggi dalam sistem pendidikan kebangsaan, melalui kegiatan penulisan ilmu dan penerbitan buku ilmu tinggi dalam bahasa Melayu di luar ruang siber, yakni di bumi yang nyata ini, hendaklah terus mendapat dukungan dan bantuan yang kuat daripada ekonomi negara. Janganlah rancangan penerbitan korpus ilmu dalam bahasa Melayu menjadi mangsa kegawatan ekonomi negara yang sedang berlaku sekarang. Kita semua percaya bahawa ilmu adalah petunjuk atau indeks penting kemajuan sesuatu bangsa atau negara. Rancangan TM negara akan gagal jika iatidak didasarkan pada kemajuan ilmu yang dikembangkan dalam bahasa Melayu – bahasa yang lebih layak daripada bahasa Inggeris untuk menjana kemajuan dan tamadun indigenus di negara ini.

(Footnotes)

1 Istilah Information Superhighway ini pertama kali digunakan oleh Albert

Gore, Naib-Presiden Amerika Syarikat pada 21 Disember, 1993, dalam

ucapannnya di National Press Club, di Washington.

2 Dipetik daripada Samsor Junet, Utusan Malaysia, 22 April 1998.